Saturday, May 7, 2016

Husam masih anggap dirinya ahli Pas

ROSALWANI CHE SOH‎
7 MEI 2016
Husam
KOTA BHARU- Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa masih menganggap dirinya sebagai ahli Pas meskipun dia telah dipecat keahliannya dari parti itu yang diumumkan petang semalam.

Husam berkata, setakat malam tadi beliau masih belum menerima sebarang surat rasmi mahupun melalui aplikasi media sosial What's App mengenai ‎hal itu.

"Saya hanya mengetahui mengenai pemecatan saya ini melalui laporan media masa dan tiada sebarang pemeritahuan rasmi mengenai perkara ini.

"Meskipun saya merasa sedih selepas menerima maklumat itu, namun saya merasa tindakan itu merupakan provokasi politik,"katanya.

Beliau ditemui di perkarangan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa di sini selepas tiba dari Kuala Lumpur kira-kira jam 10.50 malam tadi.

Husam turut disambut lebih 100 penyokongnya dengan 11 laungan takbir.

[ARTIKEL BERKAITAN: Air mata Husam menitis bila tahu dipecat Pas]

Turut serta menyambut kepulangan beliau, isterinya Ruhana Abdul Rahman, 52, bersama anggota keluarganya yang lain.

Walaupun kelihatan sebak, namun beliau ‎masih mampu berada dalam keadaan tenang ketika diserbu wartawan.

Dalam perkembangan pemecatan beliau itu, Husam turut mempersoalkan tindakan yang dilakukan, memandangkan beliau tidak mengetahui apa kesalahan yang dilakukan sehingga dipecat

"Saya hanya menerima hukuman dari jawatankuasa tatatertib tanpa tahu apa kesalahan yang saya lakukan.‎

"Malah melalui kenyataan media tiada sebarang kesalahan yang dinyatakan dan hanya beritahu mungkin saya ada akukan kesalahan. Mungkin saya tidak salah"katanya.‎

Bagaimanapun beliau menganggap‎ keputusan itu tidak adil dan perlu dipertimbangkan semula.

Pengumuman pemecatan beliau diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Pas, Dr Sanusi Daeng Mariok petang semalam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-