Thursday, May 12, 2016

....Inilah yang sangat2 diharafkan akan berlaku pada PRK parlimen K Kangsar dan Sg Besar

AMANAH beri gambaran pertandingan 3 penjuru di Sungai Besar
"Pemimpin kanan Parti Amanah Negara (AMANAH) Khalid Samad memberi gambaran akan berlaku pertembungan tiga penjuru antara Pakatan Harapan, PAS dan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

Katanya, Pakatan Harapan akan menghantar calon mereka dan berkemungkinan dari PKR, AMANAH atau DAP.

“Ada kemungkinan tiga penjuru. Kalau tiga penjuru membuktikan ia sokongan kepada Pakatan Harapan, bukan pada parti-parti sendirian yang bertanding........."


ULASAN Wak Labu:
.......Nampak semakin jelas sikap 'busuk hati' diantara pemimpin2 dalam parti pembangkang. Semasa mula2 'pakatan pembangkang' diwujudkan memang sudah nampak samar2 sikap tamak haloba dan curiga-mencurigai diantara mereka.

Pas dan Dap tidak pernah sehaluan, sedangkan PKR nampak berkecewali diantara Pas dan Dap demi meraih sokongan diantara kedua-dua parti iaitu Pas dan Dap. Kewujudan pakatan ini jelas hanya bertujuan untuk berebut kuasa sahaja dan bukan untuk kepentingan rakyat dan negara.

Perkara buruk dalam pakatan pembangkang ini tidak dapat disembunyikan lagi apabila 'perkelahian' diantara Pas dan Dap berakhir dengan penceraian. Penceraian diantara Pas dan Dap ini telah menamatkan riwayat "Pakatan Rakyat".

Pakatan Rakyat memang bertenaga dan mendapat sambuat rakyat disegenap lapisan. Ianya juga sangat2 digeruni oleh Barisan Nasional terutamanya Umno. Mengapa tidaknya, Pakatan ini hampir menumbangkan kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak pada PRU13.

Setelah 'Pakatan Rakyat' mati, maka pemimpin2 pembangkang berusaha mewujudkan satu lagi 'pakatan' yang disebut 'Pakatan Harapan' yang dianggotai oleh PKR, DAP dan Amanah, tanpa Pas.

Pakatan Harapan nampak hambar dan lesu tanpa penyertaan Pas. Ini telah terbukti pada PRN Sarawak ke-11 yang baru lepas. Ramai calun2 mereka yang hilang wang pertaruhan.

Beralih pula kepada kesah menghadapi PRK parlimen K Kangsar dan Sg Besar..... kunun ceritanya Pakatan Harapan pasti akan turut bersama dalam merebut kerusi tersebut. Ini ada kemungkinan berlaku pertandingan 3 penjuru.

Jikasekiranya ada berlaku pertandingan 3 penjuru dalam PRK perlimen K Kangsar dan Sg Besar, pasti BN akan bersorak gembira..........

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-