Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Friday, May 6, 2016

Linangan air mata iringi ketibaan jenazah Noriah

Bede Hong 
 Hari ini, 6:00 petang Hari ini, 6:12 petang

Linangan air mata bercurahan apabila jenazah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon diterbangkan ke Ibu Pejabat Polis Kontigen Sarawak di Kuching, petang ini.

Antara yang hadir ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan. Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang begitu sebak.

"Saya hadir untuk menghantarnya pulang. Saya perlu ada di sini untuk berjumpanya, saya perlu memastikan dia kembali kepada keluarganya," katanya sambil mengesat air mata.

"Kami dapat berita pagi ini, jadi banyak air mata sudah mencurah.

"Sepanjang malam tadi, kami berdoa agar mereka mendarat dengan selamat. Saya sentiasa terbayangkan nahas itu dan berharap agar mereka selamat," katanya.
Walaupun tidak mempunyai pertalian, Rohani dan Noriah ternyata amat rapat dengan merujuknya sebagai "adik".

Noriah adalah antara enam orang yang berada dalam helikopter jenis AS350 Eurocopter yang hilang sejak petang semalam ketika dalam perjalanan ke Kuching dari Betong.

Turut berada dalam helikopter itu adalah suaminya, Asmuni Abdullah.

Ketika anggota polis dan tentera memindahkan jenazah Noriah - yang dipindahkan ke bilik jenazah polis - ramai yang hadir mengalirkan air mata.

Ini termasuk rakannya dan juga orang kenamaan.
Sementara itu, ahli keluarga Noriah terdiri daripada dua anak lelaki dan seorang menantu perempuan serta keluarga kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LAK) pada pukul 3.15 petang.

Mereka yang dibawa ke bilik kenamaan di LAK disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Hamidah Khamis.

Pada kejadian jam 5 petang semalam, helikopter sewa khas jenis Eurocopter AS350 Écureuil dengan nombor pendaftaran RP-C 6828, terputus hubungan dengan menara kawalan pada jam 4.32 petang dan tidak dapat dikesan.

Ini berlaku tidak lama selepas helikopter yang membawa rombongan kenamaan itu yang dalam perjalanan dari Betong ke Kuching berlepas dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Spaoh, Betong dengan lokasi terakhir dikesan di Triso, Sebuyau.
Turut menaiki helikopter tersebut ialah KSU kementerian perusahaan perladangan dan komoditi, Datuk Dr Sundaran Ann Amalai serta pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri.

Helikopter itu dipandu Kapten Rudolf Rex Raga.