Saturday, May 7, 2016

Nahas helikopter: Satu lagi mayat ditemui

Send by Email
Sri Aman – Seorang lagi mangsa nahas helikopter ditemui di kawasan hilir Sungai Batang Lupar berdekatan jeti Lingga, di sini oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR), pagi ini.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata, ketika ini usaha membawa keluar mangsa yang baharu ditemui, untuk ke jeti berhampiran kawasan Lingga, masih giat dijalankan.

Katanya, bomba akan memaklumkan dari semasa ke semasa perkembangan mencari baki mangsa yang masih hilang di pusat operasi SAR di Lingga, Sri Aman.

Mangsa ditemui pada kira-kira jam 8.30 pagi dan identiti mangsa kedua nahas itu masih belum dikenal pasti.

Read more http://www.kualalumpurpost.net/nahas-helikopter-satu-lagi-mayat-ditemui/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-