Friday, May 20, 2016

PAS gesa blok pembangkang bersatu sokong calonnya di dua PRK

by ANA GHOIB SYEIKH MALAYA
Di tengah-tengah perebutan kerusi parlimen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, PAS hari ini menggesa blok pembangkang bersatu dalam menyokong calon parti itu dalam pilihan raya kecil di dua kawasan berkenaan.

Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia bagi menghantar isyarat jelas kepada Umno BN, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa blok pembangkang sedia melupakan perbezaan politik demi masa depan rakyat dan negara.

“Jika tidak, terpaksalah blok pembangkang bersedia melihat yang kalah jadi abu, yang menang jadi arang manakala PM Najib terus tersenyum riang,” katanya pada kenyataan media hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, PAS hanya akan memberi fokus kepada persiapan jentera pilihan raya dan gerak kerja bagi memenangi kedua-dua PRK ini, termasuk membentuk Jawatankuasa Induk dan Operasi PRK.

“Sasaran PAS ialah BN, matlamatnya ialah menumbangkan BN bagi menghantar mesej bagi pihak rakyat bahawa BN yang diketuai sudah ditolak rakyat.

“Tidak timbul untuk undur ke belakang daripada matlamat ini,” katanya.

KLIK BACA: Hadi kata ‘lebih baik jaga lembu Umno dari babi DAP’? – Malaysiakini

KLIK BACA: Amaran Azmin – PAS disingkir dari kerajaan Selangor tidak siapa menang – Mahfuz

PAS sebelum ini membuat keputusan meletakkan calon mereka di parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar berdasarkan pembahagian kerusi pada PRU lalu, namun tidak dipersetujui Pakatan Harapan.

Ini kerana AMANAH yang juga parti serpihannya turut berhasrat meletakkan calon mereka, menyebabkan PAS memberi amaran akan menarik diri daripada kerajaan Selangor sekiranya berlaku pertembungan tiga penjuru.

Susulan itu AMANAH hari ini meminta PAS tidak menjadikan kerajaan Selangor sebagai bahan ‘tebusan’ jika HARAPAN bertegas mahu meletakkan calon dalam dua pilihan raya kecil itu.

Pengarah Komunikasinya, Khalid Samad berkata tindakan PAS mengugut untuk menarik diri daripada kerajaan Selangor sebagai tidak bertanggungjawab.

 Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-