Sunday, May 15, 2016

Perbuatan Tun M yang 'jatuh ke atas kepalanya sendiri'

"Kembalikan kuasa Agong: Najib harus pertimbang cadangan Sultan Johor

Faiz Zainudin | May 15, 2016

Titah Sultan Johor itu harus disokong bagi memastikan kuasa Agong berada pada kedudukan paling tinggi.

PETALING JAYA: Titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi mengembalikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong atau Raja untuk meneliti dan memperkenan sesuatu rang undang-undang sebelum ia diluluskan seharusnya dipersetujui.

Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, ia sekali gus memperkukuh kuasa Agong itu sendiri yang dilihat berada pada kedudukan tertinggi memutuskan sesuatu keputusan berbanding Parlimen.

Katanya, Agong sebagai pembuat keputusan terakhir sebelum ini pernah dilaksanakan, namun kuasa tersebut telah ditarik semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri........."


Tun Dr Mahathir memang bersungguh-sungguh mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datus Seri Najib Tun Razak. Berbagai perkara sudah dilakukan nya. Pertama beliau keluar dari UMNO buat kali kedua, perkara yang belum pernah berlaku pada mana2 bekas Perdana Menteri - keluar dari Umno, masuk balik Umno dan lepas itu keluar balik dari Umno.

Beliau bukan sahaja keluar dari Umno bahkan sanggup pula bersengkokol dengan bekas musuh2 utamanya seperti DAP, PKR dan PAS.

Memang sangat benar tentang apa yang telah dikatakan beliau di suatu masa dulu....."Melayu Mudah Lupa". Sekarang sudah terbukti kenyataan beliau itu benar...... Beliau sudah lupa semua perkara2 'buruk' yang dia sudah lakukan. Kalau nak sebut semua perkara 'buruk' yang telah dilakukannya, 3 hari 3 malam pun belum tentu habis.

Sekarang Wak nak cerita sedikit tentang 'Deklarasi Rakyat' yang Tun Mahathir usahakan siang hari siang malam bertungkus-lumur kesana kemari berhujan dan berpanas. Akhirnya beliau cuma berjaya kununnya mengumpul 1 juta tandatangan pengakuan. Segala dokumen pengakuan dan tandatangan 1 juta ini kununnya akan dipersembahkan kepada DYMM Seri Paduka Yang DiPertuan Agung.

Malang baginya dan pengikut2nya....... Tun Dr Mahathir sudah terlupa bahawa beliau sudah terlupa disuatu masa dahulu beliau sudah pun menghadkan kuasa Raja Raja Melayu. Maka dengan itu sia-sia lah segala usaha nya mengumpul 1 juta pengakuan dan tandatangan 'Deklarasi Rakyat' itu.

1 juta surat pengakuan dan tandatangan Deklarasi Rakyat sudah pasti ditongsampahkan juga akhirnya kerana perbuatan Tun M sendiri........ Aminnnn

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-