Tuesday, May 17, 2016

Rumors Tengku Razaleigh Hamzah menteri penuh?

Tengku Razaleigh Hamzah Tandatangani Deklarasi Kelantan Menyokong DS Najib

Tengku Razaleigh Hamzah pada pertandingan Presiden UMNO tahun 1988 hampir memenangi jawatan Presiden UMNO apabila hanya tewas 43 undi kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad. Dalam pada itu, beberapa ahli UMNO membawa kes keahlian anggota UMNO ke Mahkamah yang membawa kepada pengharaman UMNO pada tahun 1988.

Kedua-dua pihak berlumba-lumba menghidupkan parti UMNO yang baharu. ROS telah meluluskan penubuhan parti UMNO (Baru) dari kumpulan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Manakala Tengku Razaleigh Hamzah berjaya menubuhkan parti Semangat 46.

Parti Semangat 46 inilah yang membantu PAS menubuhkan kerajaan d Kelantan pada tahun 1990. Itulah jasa besar Tengku Razaleigh Hamzah dan Semangat 46 kepada PAS.

Kemudian, Tengku Razaleigh Hamzah membubarkan Semangat 46 untuk kembali kepada UMNO semula. Sejak itu, Tengku Razaleigh Hamzah tidak pernah mendapat kedudukan di dalam kerajaan sebagai menteri penuh ataupun menjadi Pengerusi mana-mana GLC seperti Petronas, PNB dan sebagainya. Barangkali taraf politik Tengku Razaleigh bukan di situ, tetapi di tempat yang selayaknya.

Saya tidak yakin Tengku Razaliegh akan bersama-sama kem Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan DS Najib kerana luka lama tidak mungkin boleh dipadamkan begitu sahaja. Sebab itulah, Tengku Razaliegh Hamzah menandatangani Deklarasi Kelantanmenyokong tanpa berbelah bahagi kepada DS Najib. Adakah Tengku Razaliegh akan menjadi menteri penuh dalam rombakan terbaharu tidak berapa lama lagi?

Satu-satunya harapan Tun Dr. Mahathir untuk menjatuhkan DS Najib ialah dengan bantuan dan aura DS Anwar Ibrahim. Malangnya, sejak kempen Tun Dr. Mahathir menjatuhkan DS Najib, saya melihat DS Anwar dan keluarganya masih tidak dapat melupakan dan memaafkan kejadian 1998. Mereka masih sangat-sangat terluka kepada Tun Dr. Mahathir. Sebab itulah mereka sangat berhati-hati dan tidak sepenuh hati membantu Tun Dr. Mahathir. Mereka kelihatan tidak mempercayai Tun Dr. Mahathir.

Sebaliknya, DS Anwar dan DS Najib pula adalah rakan akrab semasa di dalam UMNO. Mereka tidak pernah bermusuh sehingga ke hari ini. Satu-satunya peluang percantuman semula DS Anwar-DS Najib ialah semasa Rekonsiliasi 2013 dahulu. Kedua-duanya sudah ada mekanisme, malangnya tekanan daripada rakan Pakatan Rakyat menggagalkan percantuman bersejarah itu.

Kesimpulannya, menjatuhkan DS Najib melalui cara demonstrasi dan pungut tandatangan amat sukar. Anda perlu menunggu PRU14 pada tahun 2018. Itulah mekanismenya di negara ini. Pungutan online amat diragui. Hanya pilihanraya sahaja jawapan paling tepat bukan tandatangan online.

Pilihanraya Kecil Sg Besar dan Kuala Kangsar akan menjadi garis jawapan kepada persoalan di atas. Jika mereka masih gagal menjatuhkan DS Najib dalam PRK itu, saya percaya mereka akan berusaha lagi dengan apa jua cara. Mereka tahu, menumbangkan DS Najib dalam PRU14 adalah mimpi ngeri. Mereka tahu bukan mudah menumbangkan DS Najib dan kerajaan. Mereka pernah menjadi kerajaan dan mereka tahu rakyat masih bersama kerajaan.

MIMPI NGERI
Mimpi ngeri itu pernah berlaku pada tahun 1988. Apabila Datuk Shahrir Samad meletak jawatan dan bertanding menggunakan tiket BEBAS lawan UMNO. Seluruh negara terperanjat kerana Datuk Shahrir menang dengan majoriti 12,613 undi mengalahkan calon UMNO.

Walaubagaimanapun, Tun Dr. Mahathir Mohamad kekal menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri walaupun UMNO tewas kepada BEBAS dengan majoriti 12,613 undi. Tidak ada sesiapa mendesak Tun Dr. Mahathir meletak jawatan di atas kekalahan yang sangat besar dan memalukan itu.

Lucunya, hari ini ada orang berkata, kalau UMNO kalah di Sg Besar dan Kuala Kangsar, DS Najib perlu meletak jawatan. Sebaliknya, jika UMNO menang di Sg Besar dan Kuala Kangsar, adakah orang itu akan pasrah dan mengakui qada dan qadar Ilahi?

SUMBER

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-