Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Saturday, May 14, 2016

S'wak mungkin dapat lebih dari 3 TKM, kata Zahid

Geraldine Tong
Sarawak mungkin mempunyai lebih daripada tiga timbalan ketua menteri (TKM) kerana perlembagaan negeri itu mungkin dipinda untuk membolehkan tambahan jawatan berkenaan, kata Timbalan Perdana Menteri. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Saya tidak mahu mengesahkan ini tetapi terdapat usaha yang dibuat supaya perlembagaan negeri dipinda untuk membolehkan lebih daripada tiga TKM dilantik," kata Zahid dalam sidang akhbar selepas program Hari Keluarga Kementerian Dalam Negeri di Cheras hari ini.

Beliau menjawab soalan mengenai kenyataannya sebelum ini bahawa beliau akan cuba untuk meyakinkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem untuk melantik lebih ramai menteri dari kaum Cina, malah bagi jawatan TKM.

Ini ekoran kontroversi yang timbul berkaitan kabinet baru diumumkan Adenan di mana tiada TKM yang dilantik dari kaum Cina, walaupun beliau sebelum ini menggesa pengundi Cina supaya menyokong BN jika mereka mahu melihat wakil kaum itu dilantik ke jawatan tersebut.

Ketika mempertahankan langkah beliau, Adenan menafikan pernah menjanjikan jawatan TKM untuk kaum Cina, dengan menyatakan ia mungkin dilakukan hanya jika BN menang di semua kerusi majoriti pengundi Cina.

Bagaimanapun dalam sidang akhbar hari ini, Zahid juga berkata ia terpulang kepada Adenan untuk wmelantik sesiapa yang beliau mahu sebagai TKM, walaupun ia lebih daripada tiga, kaum Cina atau tidak.