Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Tuesday, May 17, 2016

Terlalu awal untuk rumus ada penipuan, kata Najib

Adalah masih terlalu awal untuk merumuskan bahawa terdapat penipuan dalam transaksi atau urusniaga berkaitan 1MDB dan International Petroleum Investment Company (IPIC), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Pada masa ini, terdapat pertikaian antara 1MDB dan IPIC.

"Justeru, pihak 1MDB sedang mengkaji dan mengambil segala langkah yang perlu untuk membuktikan bahawa pihak IPIC dan Aabar Investment PJS bertanggungjawab ke atas dana yang telah dibayar oleh 1MDB kepada Aabar BVI berjumlah AS$3.5 bilion,” katanya dalam jawapan bertulis parlimen semalam.

Najib, yang menjawap dalam kapasitinya sebagai menteri kewangan, berkata adalah terlalu awal untuk membuat kesimpulan sama ada penipuan berlaku dalam urus niaga itu.

Beliau mengulas soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang menyoal mengenai sebab di sebalik peletakan jawatan yang dikemukakan oleh CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy.

"Bila CEO 1MDB, Arul Kanda Kandasamy meletakkan jawatan dan adakah ia kerna penipuan dalam IPIC dan Aabar yang melibatkan AS$3.5 bilion, sebab perletakan jawatan ditolak oleh Lembaga Pengarah 1MDB sedangkan semua ahli lembaga pengarah telahpun letak jawatan.

“Macam mana faedah AS$50juta dibayar bila IPIC enggan berbuat demikian,” soal Lim.

[Baca berita penuh]