Thursday, June 9, 2016

AMANAH bertanding hanya untuk lawan PAS

Mohamad Fadli
| June 9, 2016

Razali berkata, ia berbeza dengan pendekatan BN yang mahu berkhidmat untuk rakyat dan meneruskan perjuangan Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar.
KUALA KANGSAR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim mendakwa AMANAH bertanding di PRK Kuala Kangsar semata-mata untuk melawan PAS.

Katanya, ia berbeza dengan pendekatan BN yang mahu berkhidmat untuk rakyat dan meneruskan perjuangan Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

“Saya rasa AMANAH ini bertanding untuk melawan PAS sebab dia serpihan daripada parti itu kerana dia tidak setuju dengan parti itu. Jadi bila lawan PAS dia juga lawan BN, dia nampak PAS dan BN macam bersama. Itu sahaja.

“Bukan kerjasama, sebab PAS pun bertanding. Jadi pada saya itu masalah dia.

“Pada kita di BN kita bertanding sebab pengundi dan niat untuk teruskan kerja-kerja Allahyarham. Bagi kita tidak fikir sesiapa pun lawan kita,” katanya selepas meninjau Bilik Gerakan BN di Kuala Kangsar hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas papan iklan gergasi berundur provokasi dan fitnah menunjukkan BN dan PAS seolah-olah bergabung.

Papan iklan itu tertera logo syarikat 1MDB dengan slogan ‘BN PAS Sehati Sejiwa, Rasis Rasuah Sama Sekali’ di atas kepala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Muar itu berkata, AMANAH dan PAS juga dilihat cuba menarik pengundi untuk menewaskan pihak lawan.

“Dia sedang berebut undi sesama dia. Siapa yang bekerja lebih dan membuat strategi betul dia akan dapat, tetapi dalam kumpulan yang tidak sama,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-