Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Sunday, June 5, 2016

Azmin menguris hati calon PAS.......?


Azmin hadir penamaan calon, peluk Mat Sabu
Hari ini, 10:01 pagi Hari ini, 10:03 pagi
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali hari ini hadir ke pusat penamaan calon di Sungai Besar bagi memberi sokongan kepada calon sekutu mereka Parti Amanah Negara (AMANAH).

Beliau tiba kira-kira jam 9 pagi dan kelihatan beramah mesra, termasuk berpelukan dengan Presiden AMANAH Mohamad Sabu.

Azmin sebelum ini tidak hadir ketika AMANAH mengumumkan calon mereka.

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata Azmin dinasihatkan tidak menghadiri majlis pengumuman calon Pakatan Harapan di Sungai Besar.

Katanya, larangan itu dibuat supaya Azmin 'menjaga' kerajaan Selangor dan hubungannya dengan PAS yang masih mempunyai wakil dalam kerajaan negeri.

Anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin sebelum itu berkata Azmin sedang berada di London untuk urusan graduasi anaknya dan akan pulang pada Ahad (hari ini).