Tuesday, June 7, 2016

Mat Sabu haraf ahli Pas berpaling tadah


Mohammad Sabu
NURUL RIDUAN NOR ASHAHA

KUALA KANGSAR - Parti Amanah Negara (Amanah) mahu ahli Pas berpaling tadah dengan mengundi calon Amanah supaya BN dapat ditewaskan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, ini kerana perjuangan Pas secara bersendirian tidak akan berjaya untuk menumbangkan BN.

Malah akuinya, Amanah juga tidak mampu untuk menewaskan BN melainkan mendapat undi penyokong Pakatan Harapan dan undi daripada ahli Pas.

"Kepada saudara-saudaraku ahli-ahli Pas, adik-adikku yang dikasihi dan gigih bekerja, kamu boleh terus undi calon Pas tetapi tidak akan menang. Maaf saya berkata sedemikian.

"Nak kekal dalam parti itu silakan tetapi tolong undi calon Amanah. Itu sahaja yang boleh cabar BN. Saya ulang sekali lagi, Pas bersendirian dia lebih kuat tetapi sukar untuk menang dalam pilihan raya. Yang bercakap ini bukan sembarangan orang tetapi bekas timbalan presiden," katanya ketika berucap di ceramah kelompok di Kampung Sayong Lembah, malam tadi.

Beliau berkata, berdasarkan pengalaman, Pas sukar untuk menang dalam pilihan raya walaupun parti Islam itu kuat bila bersendirian.

"Kalau kita bercakap dalam istilah pilihanraya, kalau kembali seorang diri, ya, kita kuat. Saya biasa ceramah di Kedah. Kehadiran hampir 100,000. Pakai kopiah putih sejauh mata memandang.

"Tetapi bila datang pilihanraya tempat ceramah itu pun tidak menang. Orang bukan Melayu tidak mengundi kita. Orang bukan Melayu di sesetengah tempat adalah penentu Dun dan Parlimen," katanya.

Dalam pada itu, Mohamad tetap yakin mendapat undi daripada ahli Pas walaupun Pas menganggap Amanah sebagai musuh.

"Saya yakin tetap dapat undi ahli Pas. Saya jumpa ramai dah. Pas sudah gagal. Melainkan di bawah Pakatan Rakyat. Jadi sekarang ini, melalui Pakatan Harapan sahaja mampu menumbangkan BN," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-