Mahkamah Rayuan Putrajaya, yang memutuskan demikian hari ini, membenarkan penangguhan prosiding itu atas permintaan peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun selepas dia gagal mendapatkan penangguhan itu dari Mahkamah Tinggi minggu lepas.
Hafarizam memberitahu panel tiga hakim bahawa Najib mempunyai dua rayuan yang belum selesai di Mahkamah Rayuan berhubung dengan kes itu yang masih belum diputuskan.
Berikutan ini, beliau memohon penangguhan prosiding itu, dan menambah bahawa beliau percaya responden tiada membantah.
Peguam Mohd Faizi Che Abu, yang mewakili editor Harakah, bersetuju.
Dengan itu, Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat, yang mengetuai panel itu, membenarkan penangguhan tersebut.
Dua lagi hakim ialah Datuk Hamid Sultan Abu Backer dan Hakim Datuk Ahmadi Asnawi.
[Baca berita penuh]
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.