Tuesday, June 14, 2016

PAS akui rapat dengan UMNO demi raih undi - Hadi

Mohamad Fadli
June 14, 2016

PAS akan menyokong perkara yang baik dan rapat dengan semua pihak termasuk DAP.

KUALA KANGSAR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui parti Islam itu kini sedang berbaik-baik dan mendekati UMNO atas satu tujuan iaitu meraih undi.

Katanya, walaupun pendekatan itu ditentang kuat AMANAH, Hadi berkata PAS tetap mahu berbaik dengan semua pihak termasuklah DAP.

“Dia (AMANAH) susah kalau kita nak baik dengan UMNO. Kalau tak baik dengan UMNO macam mana nak suruh orang UMNO undi kita.

“Kena baik dengan dialah. Nak suruh berbalah dengan UMNO, DAP pun kita nak baik. Biar orang DAP undi kita, kita baik dengan semua. Yang tak baik kita bangkang. Itu pendekatan kita,” katanya ketika berucap pada Forum Perdana di Dataran Ketior Manong malam tadi.

Ahli Parlimen Marang itu berkata PAS tidak teragak-agak untuk menolak segala dasar yang berbentuk rasuah dan penyalahgunaan kuasa pemimpin teratas.

Katanya, PAS dalam dua PRK ini akan menggunakan pendekatan menyokong perkara yang baik dan menentang perkara tidak baik sebagai senjata dalam menghadapi BN, DAP dan AMANAH.

“Perkara yang baik, tolong orang miskin, tolong orang susah itu kita sokong. Yang tak baik kita lawan, yang baik kita sokong, ini calon PAS.

“Yang UMNO, yang baik disokong tak apa, yang tak baik, disokong juga.

“Yang pilih PAN ini, yang baik dia bangkang, yang tak baik pun dia bangkang, itu senang saja, dia ikut DAP,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-