Wednesday, June 1, 2016

PAS tampil "ala" pahlawan Melayu sebagai simbol perpaduan bersama UMNO?

ADAKAH Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mula sedar bahawa Melayu dan Islam itu merupakan dua perkara yang cukup sinonim? Hari ini Muktamar Pemuda PAS di Kelantan telah menampilkan kelainan apabila Nik Abduh Nik Mat yang merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS dan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia berpakaian seperti pahlawan Melayu.
Sebelum ini Nik Abduh Nik Mat selalu kelihatan berkopiah, namun kini beliau dilihat berani tampil dengan bertanjak dan menyelit keris di pinggang.

Ini merupakan muktamar pertama PAS selepas meninggalkan gabungan dengan PKR dan DAP dan membentuk blok baru dengan parti kecil Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

Sepanjang gabungan PAS bersama DAP dan PKR, mereka telah dijadikan kuda tunggangan dalam beberapa siri demonstrasi jalanan. Malahan PAS terpaksa tunduk kepada kehendak DAP yang enggan mengiktiraf kemuliaan agama Islam.

Kini kita faham bahawa PAS terpaksa memendam rasa terkilan apabila beberapa isu seperti penjualan arak di kawasan majoriti orang Melayu dan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam menjadi agenda perjuangan pakatan rakyat sebelum ini.

Perkara tersebut terpaksa dilalui oleh PAS atas kehendak mereka sendiri demi kepentingan politik peribadi semata-mata. Adakah kini mereka sedar bahawa pakatan mereka bersama DAP dan PKR akhirnya merugikan mereka secara kolektif. Malahan kepentingan peribadi mereka turut tergadai tanpa balasan yang setimpal.

Baru-baru ini isu Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian mengenai RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 telah disalah terjemah oleh DAP, MCA, MIC dan GERAKAN. UMNO bersama PAS dilihat sedaya upaya mempertahankan perkara ini demi kepentingan umat Islam dan orang Melayu.

Mereka yang menentang atau mengkritik pembentangan RUU Persendirian mengenai RUU Mahkamah Syariah ini dilihat sebagai tidak memahami tujuan usul itu dibentangkan. Ia dibentangkan untuk memartabatkan Mahkamah Syariah dan hanya melibatkan umat Islam.

Cadangan pindaan akta berkenaan perlu mendapat kerjasama daripada kerajaan persekutuan kerana kerajaan sendiri memang berhasrat untuk menaikkan taraf Mahkamah Syariah. Persoalannya mengapa orang bukan Islam cuba campurtangan pula dalam urusan agama Islam? Apakah hak mereka? Adakah mereka sudah tidak menghormati Perlembagaan Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara? Nampaknya pemimpin bukan Islam ini perlu mengkaji semula pengetahuan mereka berkenaan perkara ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-