Tuesday, June 14, 2016

"SAYA TIDAK RASA SALAH GUNA KEDUDUKAN SEBAGAI PM"

by ANA GHOIB SYEIKH MALAYA
2016-06-14

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan beliau memainkan apa-apa peranan bagi mengarahkan pihak polis untuk menyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran siasatan kes 1MDB ke atas beliau yang dikatakan bocor.

Beliau turut menafikan mempengaruhi Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk melepaskan beliau.

Pada masa yang sama, Najib juga mahu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain untuk membuktikan dakwaan bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah disingkirkan kerana mengkritik 1MDB.

“Penyingkiran Muhyiddin sebagai TPM adalah amalan prerogatif diraja di bawah Perkara 43 (5) Perlembagaan Persekutuan yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri dan tindakan adalah, sekali lagi, tidak membabitkan defendan (Najib) semasa menjalankan tugas beliau sebagai pegawai awam atau sebagai fidusiari seperti yang didakwa, “katanya.

Perdana Menteri yang juga presiden Umno juga menafikan beliau melanggar tanggungjawab fidusiarinya, seperti yang didakwa oleh Mahathir dan dua yang lain dalam saman RM2.6 bilion oleh mereka ke atasnya.

Najib berkata demikian dalam pernyataan pembelaan terhadap saman itu yang difailkan semalam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, lapor Malaysiakini.

Najib juga menafikan campur tangan, atau terus-menerus mengganggu proses undang-undang berkenaan dengan menggunakan kedudukan sebagai seorang pegawai awam bagi memastikan pihak berkuasa menjalankan siasatan atas dakwaan ketidak sesuaian atau salah laku terhadap beliau.

“Saya juga merasakan bahawa saya tidak menyalah gunakan kedudukan saya sebagai PM, Menteri Kewangan, Pengerusi BN serta Presiden Umno untuk melakukan amalan rasuah seperti yang didakwa,” tambah beliau.

KLIK BACA TERKINI: Najib tidak endah bantahan, nasihat Raja-Raja Melayu – Dr Mahathir

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-