Saturday, July 2, 2016

Hari al-Quds Sedunia, PAN diresapi Syiah?

July 1, 2016
Oleh Siti Fatimah Ishak
BANGI, Jumaat – Tindakan Parti Amanah Negara (PAN) menyokong penuh penganjuran Himpunan Selamatkan Al-Quds yang diadakan hari ini di Kedutaan Amerika Syarikat menimbulkan seribu persoalan.

Ketua Unit Kajian Syiah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Mohamad Ismail berkata, beliau pelik apabila PAN menyokong ‘Hari al-Quds Sedunia’ yang digagaskan oleh tokoh Syiah Rafidhah, Khomeini.

“Tidakkah PAN tahu asal usul penganjuran Hari al-Quds ini? Atau sebenarnya PAN sudah diresapi Syiah?,”soalnya dalam kenyataan ringkas kepada Ismaweb.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada seruan Setiausaha Agung PAN, Mohd Anuar Tahir yang mengajak orang ramai untuk bersama-sama dalam himpunan al-Quds selepas solat Jumaat petang tadi.
Mengulas lanjut Ustaz Mohamad berkata, puak Syiah ini hanya menggunakan Hari al-Quds Sedunia untuk mengaburi mata umat Islam kononnya merekalah yang mempertahankan bumi Palestin.

Hakikatnya ramai orang tertipu dengan slogan “Hari al-Quds Sedunia’ yang dilancarkan Khomeini pada hari Jumaat terakhir setiap kali bulan Ramadan.

“Itu hanya sekadar manipulasi untuk membebaskan Masjd al Qud demi mendapat sokongan orang awam yang tertipu dengan slogan tersebut.

Katanya lagi, jika kita mengkaji akidah Syiah imam 12, mereka (Syiah) ini sebenarnya tidak beriman dengan kewujudan masjid al Qud di Palestin dan tidak ada pun asas agama untuk mereka membebaskan masjid al-Qud.

“Ini kerana, bagi Syiah jihad tidak wajib kecuali setelah kemunculan al Mahdi al Muntazar. Syiah juga tidak beriman dengan kewujudan masjid al-Qud di Palestin sebaliknya mereka beriktikad ia berada di langit.

“Bahkan mereka beriktikad bahawa masjid di Kufah dan Karbala lebih suci dari Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan masjid al-Quds. Jadi apa guna slogan tersebut digunakan?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-