Saturday, July 9, 2016

PAS tak ada kes rasuah, yang ada UMNO dan sekarang DAP

MARANG – Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan syukur kerana sehingga kini, parti itu yang diberi amanah mentadbir negeri Kelantan dan Kedah serta Terengganu sebelum ini, tidak terbabit dengan kes-kes rasuah.

“yang tak ada kes (rasuah ialah) orang PAS…..Alhmdulillah, orang lain ada kes……….pemimpin PAS Kelantan tak ada kes, kita memerintah Kedah, Ustaz Azizan tak ada kes,

“yang ada kesnya Umno……..dan sekarang DAP pun ada kes,”tegasnya ketika bercakap dengan pihak media di rumahnya pada Jumaat 8 Julai.

Beliau berkata demikian ketika mengulas soal saksi yang perlu dikemukakan terhadap kes-kes jenayah dalam Islam.
Ahli Perlimen Marang itu menjelaskan, bagi kes zina dan liwat yang dibawa ke mahkamah syariah, perlu dikemukakan empat saksi.

“cumanya bagi menjelaskan dalam kes (syariat Islam) ini……..kalau zina empat saksi, liwat pun para ulamak berkata (perlukan) empat orang saksi,

“saksi itu pula mestilah saksi yang adil………adil ini (ialah) yang beriman dan budiman, yang percaya kepada dosa dan pahala khususnya, kalau saksi yang tidak percaya kepada dosa dan pahala, itu tak sah,”kata beliau.

Menghurai lanjut, Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia itu berkata, saksi itu pula mestilah berakhlak yang tidak melakuan dosa besar dan dosa kecil dan juga mempunyai ‘maruah’.

“contohnya (tak boleh menjadi saski) kalau orang yayg bercakap dia ‘loose’ yang jenis bercakap apa sahaja…….itu tak boleh (menjadi saksi),

“ini perincian syarat menjadi saksi dalam Islam, dalam semua kes,”jelasnya lagi.

Oleh sebab itu, dalam Islam ini katanya, adalah amat payah untuk menjatuhkan apa-apa hukuman kerana hukumannya adalah sangat keras.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-