Saturday, July 2, 2016

Sanggupkah Muhyiddin terima pelawaan Amanah......

Amanah ajak Muhyiddin jadi ketua pembangkang
Bagaimanapun, Anwar masih pilihan nombor satu untuk menjadi perdana menteri.
FMT Reporters
July 2, 2016
PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang dipertimbangkan untuk dipilih sebagai ketua pembangkang baharu Pakatan Harapan, menurut Amanah.

Ahli jawatankuasa pusat parti itu, Mazlan Aliman mengakui, ada perbincangan dalam parti yang mencadangkan pelantikan bekas Timbalan Presiden Umno dan bekas Timbalan Perdana Menteri ini ke seluruh pimpinan Pakatan Harapan.

“Kita telah bersetuju untuk memilih Muhyiddin sebagai ketua pembangkang yang baharu kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani hukuman di penjara.

“Beliau mempunyai pengalaman dan akan menguatkan kita.

“Bagaimanapun, Anwar masih pilihan nombor satu kita untuk menjadi perdana menteri,” katanya pada sidang akhbar di Southern Chinese Press Club, seperti yang dilapor MStar.

Dalam pada itu, Ketua Amanah Johor Aminolhuda Hassan membayangkan Muhyiddin sebagai musuh yang menggerunkan ketika berada dalam Umno justeru, beliau yakin kerjasama dengannya akan membuahkan hasil terutama dalam mengalahkan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, apabila Anwar dipecat kira-kira 18 tahun lalu, bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor, membuka pintu kepada beliau untuk menyertai pembangkang.

“Apabila beliau menjadi menteri besar di sini, Muhyiddin menjadikan Johor sebagai kubu BN di mana pembangkang hampir tidak dapat menembusinya walau banyak percubaan dilakukan,” katanya.

Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipecat daripada Umno pada 24 jun yang lalu atas sebab pelanggaran disiplin, berada atas pentas bersama pemimpin pembangkang serta serang pimpinan dan parti.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula digantung keahliannya sehingga Majlis Tertinggi (MT) UMNO menerima laporan daripada Jawatankuasa Disiplin parti.

Sebelum ini, Muhyiddin dan Shafie digugurkan daripada Kabinet pada Julai 2015 manakala Muhkriz melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah pada Februari lepas.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-