Monday, July 25, 2016

UMNO dan BN kekal kukuh bersama Najib Razak

1. Di sebalik usaha menggugat Barisan Nasional dan Perdana Menteri, Mohd Najib Tun Razak, kedudukan politik negara kekal dalam status quo sama seperti sebelum kenyataan akhbar Peguam Negara dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (Department Of Justice – DOJ).B).

2. Sokongan terbuka yang ditunjukkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien, Ketua Pergerakan Wanita, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun menunjukkan kedudukan Mohd Najib sukar digugat dalam masa terdekat.

3. Selain itu, kenyataan terbuka beberapa Menteri kanan menyokong Perdana Menteri seperti Datuk Seri Ismail Sabri, dan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menujukkan dakwaan bahawa terdapat pemimpin kanan UMNO bakal meninggalkan parti menyertai Tun Mahathir sebagai laporan yang tidak munasabah. Kehadiran ramai pemimpin kanan UMNO ke Majlis Sambutan Ulang Tahun kelahiran Mohd Najib Sabtu lalu menunjukkan Presiden UMNO tersebut tidak tergugat dengan isu di Amerika Syarikat.

4. Kebanyakan ahli MT berpendapat tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh DOJ merupakan ulangan Sarawak Report yang perlu dibuktikan di Mahkamah terlebih dahulu. Sungguhpun ada susunan plot yang membabitkan Mohd Najib dengan identiti Malaysian Official 1, ia masih perlu dibuktikan di Mahkamah bahawa transaksi terbabit benar-benar berlaku dan dalam pengetahuan Perdana Menteri.

5. Malahan kenyataan parti Pas menyelar usaha DOJ membabitkan Mohd Najib Razak dalam kes mereka membuktikan kedudukan Mohd Najib tidak terjejas dalam isu ini.

5. The South China Morning Post dan Malaysiakini.com hari ini memetik bekas editor New Straits Times Firdaus Abdullah yang mendakwa beberapa pemimpin kanan telah mengadakan perjumpaan dengan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. Namun ia tidak lebih kepada propaganda politik penyokong Tun Mahathir yang masih terkial-kial meyakinkan rakyat bahawa mereka tidak terbabit dengan tindakan DOJ tersebut.

6. Firdaus mendakwa “Mereka merupakan pemimpin atasan UMNO, ahli kabinet dan pemimpin parti komponen. Malangnya dakwaan Firdaus ini langsung tidak disokong oleh sebarang bukti. Sebaliknya kedudukan Firdaus sebagai salah seorang “machinery” Tun Mahathir sekaligus menunjukkan ia merupakan propaganda kumpulan Tun Mahathir sahaja.

7. Setakat ini keculai Ketua Pemuda UMNO yang juga Menteri Belia dan Sukan dilihat tidak memberi apa-apa kenyataan, lain-lain pemimpin kanan UMNO menyatakan sokongan mereka kepada Presiden untuk terus menjalankan tugas dan memulihkan isu ini sebelum pilihan raya. – MYKMU.NET

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-