Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Sunday, August 7, 2016

1MDB tak guna duit rakyat

WARTAWAN SINAR HARIAN
7 OGOS 2016
KUBANG PASU – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menggunakan duit rakyat bagi membiayai dan menguruskan hal-hal berkaitan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, semua perbelanjaan berkaitan syarikat kerajaan itu adalah menggunakan duit pinjaman daripada bank.

“Masa zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, kita pakai duit rakyat buat kilang Perwaja, tapi gagal. Kemudian Proton labur banyak duit, guna duit rakyat dan duit pembayar cukai, habis.

“Tapi Najib kata tak mahu guna duit rakyat, keuntungan kita bagi kepada rakyat. Tapi kerja pembangkang adalah membangkang,” katanya pada ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan Puteri Umno Bahagian Kubang Pasu, di Bustani Hotel, Jitra, di sini, semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Johari Baharum yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Kubang Pasu serta beberapa pemimpin Umno Bahagian Temerloh, Pahang.

Mohd Sharkar berkata, perdana menteri juga pernah memberi penjelasan mengenai isu 1MDB dalam satu temu bual di Indonesia.

“Kita kalau nak tunggu cukup duit baru nak berniaga, sampai bila tak akan berniaga. Jadi kita kena pinjam dengan bank.

“Yang sedihnya kalau sekiranya perkara itu dibesarkan oleh pembangkang tidak apa, tapi ini orang-orang kita (Umno) sendiri. Pertama sekali Tun Mahathir apabila dia lihat Datuk Seri Mukhriz Mahathir kalah tanding Naib Presiden.

Beliau turut mendakwa bahawa bekas perdana menteri itu mempunyai agenda untuk menjadikan anaknya, Mukhriz sebagai perdana menteri.

“Memang kita putuskan dah kita tak mahu orang lain, kita nak bagi kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Tiba-tiba Mukhriz bertanding Naib Presiden. Sebab Tun Mahathir kata ini peluang untuk Mukhriz jadi perdana menteri,"katanya.