Wednesday, August 17, 2016

Bentuk Gagasan Sejahtera tanda PAS tidak sendirian dalam PRU14


KUALA LUMPUR, Rabu – Tindakan PAS membentuk Gagasan Sejahtera (Gagasan), bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) memperlihatkan parti Islam itu mencipta persepsi bahawa mereka tidak bersendirian dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Penganalisis Politik, Prof Madya Dr Azmi Hassan berkata, PAS berusaha meyakinkan rakyat bahawa tanpa pakatan harapan, mereka mampu meneruskan perjuangan politik bersama gandingan lain.

Menyifatkan tindakan itu sebagai strategi politik bijak PAS katanya, kewujudan Gagasan mampu melemahkan penguasaan politik pakatan harapan.

Ini kerana adalah mustahil PAS akan membantu pakatan harapan memenangi PRU-14 dengan adanya DAP dan PAN.

“Walaupun IKATAN belum terbukti mempunyai kekuatan politik seperti parti sedia ada, penyertaan dalam Gagasan sedikit sebanyak membantu PAS memperkukuhkan pengaruhnya dalam politik negara.

“Bahasa mudahnya, PAS adalah seteru PAN dan DAP, maka kewujudan Gagasan akan memanfaatkan BN,” katanya kepada Berita Harian.

Sabtu lalu, PAS secara rasmi membentuk blok persefahaman politik pembangkang baharu bersama IKATAN dikenali sebagai Gagasan, alternatif kepada pakatan pembangkang bagi menghadapi PRU-14.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-