Friday, August 12, 2016

Media sosial dijadikan senjata utama untuk sebar fitnah - Rosmah

 Send by Email
Kuala Lumpur – Isteri-isteri pemimpin di negara ini perlu bijak menyaring serta membezakan maklumat di media sosial sama ada ia benar, palsu, fitnah atau cerita yang sengaja diadakan.

Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata ini kerana media sosial sering dijadikan senjata utama untuk menyebarkan anasir kotor yang mengelirukan dan mempengaruhi minda rakyat.

“Sekiranya kita percaya dengan fitnah dan dakyah dicanang di media sosial,maka ia akan memberi kemenangan kepada mereka yang gembira melihat kita menarimengikut rentak gendang mereka.

“Dari itu, selaku isteri pemimpin kita perlulah membina ketahanan mentalagar tidak diganggu-gugat dengan tanggapan negatif atau cemuhan dilemparkan kepada kita dan carilah kebenaran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutupan Kursus Peningkatan Ilmu danKeterampilan Diri Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri danTimbalan Menteri (BAKTI) di Institut Tadbiran Awam Negara di sini, hari ini.

Rosmah yang juga Yang Dipertua BAKTI, berkata dalam usaha menyampaikankhidmat kepada masyarakat, isteri pemimpin juga disaran untuk tidak mengambil kira atau terlalu memikirkan komen negatif khususnya daripada pihak pembangkangyang jelas tidak akan bersetuju dengan usaha murni yang mereka lakukan kepadamasyarakat.

Rosmah juga mengingatkan anggota-anggota BAKTI untuk menjaga keterampilandiri kerana ia juga mencerminkan imej dan reputasi pemimpin di mata masyarakat.

“Perlu diingat bahawa imej serta keterampilan diri seorang isteri sebenarnyabanyak memberi kesan kepada suami.

“Puan-puan sekalian juga kerap mengiringi suami masing-masing ke lawatan luar negara dan dalam konteks ini, cabaran bukan sahaja setakat keterampilandiri tapi yang lebih penting membawa imej dan nama baik negara,” katanya.

Menyentuh aspek komunikasi, beliau berkata kumpulan berkenaan perlumenguasai cara berkomunikasi yang baik, sekali gus mampu memberi ucapan awam.

Katanya, untuk mahir dalam perkara itu, mereka perlu meningkatkan keyakinandiri, banyak membaca bahan ilmiah, menguasai bahasa dan menggunakan intonasiyang betul ketika berucap.

Kursus empat hari bermula sejak Isnin lepas, berperanan sebagai platformuntuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada isteri menteri dan timbalan menterimengenai hal ehwal jentera pentadbiran kerajaan dan keselamatan negara.

Ia juga bertujuan meningkatkan kredibiliti kumpulan itu sebagai pemimpindalam aktiviti wanita, memahami pembaharuan dan perubahan dalam dasar-dasarkerajaan serta peranan sebagai anggota BAKTI yang lebih berkesan.

Antara topik dikongsikan sepanjang kursus itu termasuk protokol istana,etiket sosial, tatarias diri, pemilihan pakaian, pengucapan awam, komunikasiefektif dan tertib di meja makan.

 – Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-