Saturday, August 13, 2016

Najib: Saya bukan seorang diktator

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini menegaskan bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang dipilih secara demokrasi, yang membuat keputusan secara bersama.

“Saya bukan ‘one man show’, Saya bukan diktator,” katanya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Tangga Batu di Melaka hari ini.

Bagi menjelaskan perkara itu, Najib berkata walaupun mendapat tekanan dari individu tertentu supaya membina jambatan bengkok, beliau membawa perkara itu kepada Majlis Tertinggi Umno, di mana ia secara kolektif membuat keputusan menolak projek jambatan itu.

Walaupun beliau tidak menyebut sebarang nama, ia jelas merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan projek jambatan bengkok yang sepatutnya menghubungkan Malaysia dengan Singapura.

 – Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-