Tuesday, August 16, 2016

Pandangan Dr M mengenai kesetiaan, rasuah - dulu dan sekarang

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat banyak pandangan kritikal mengenai kesetiaan dan rasuah dalam kempennya menentang kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagi kebanyakan orang, tindakan itu satu anjakan besar bagi Mahathir pada sekitar tahun 1980-an dan 90-an, ketika dirinya juga dituduh dengan gejala rasuah dan memupuk budaya kronisme.

Malaysiakini meneliti pandangan yang dibuat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam dalam bukunya Frankly Speaking' dan membandingkannya dengan kenyataan Mahathir baru-baru ini, untuk melihat sejauh mana pandangan pemimpin berusia 91 tahun itu telah berubah.

Pandangan Mahathir mengenai kesetiaan ketika itu:

"Sebagai Perdana Menteri, Mahathir menuntut kesetiaan mutlak. Lebih-lebih lagi kesetiaan yang bersifat peribadi dan tidak sama sekali seperti kesetiaan yang saya pegang. Saya melihat kesetiaan sebagai khusus untuk parti, jawatan yang dipegang, kepada negara, dan akhirnya, kepada rakyat.

"Dr Mahathir menuntut kesetiaan mutlak. Tegasnya ia adalah harga untuk kerajaan yang baik. Beliau mahu seseorang untuk kekal setia kepadanya, walaupun beliau sendiri bertindak salah. Dan jika penyokong setianya bertindak salah, mereka juga akan diampunkan dan dilindungi.

"Bagi Mahathir, kesetiaan adalah obsesi - kesetiaan mengatasi prestasi, kesetiaan mengatasi keupayaan, dan kesetiaan kepada beliau sebagai ketua parti." - Musa Hitam, Frankly Speaking.

Pandangan Mahathir mengenai kesetiaan hari ini:

“Hari ini kebanyakan ahli dan pemimpin Umno sudah jadi bisu, pekak dan buta. Mereka tahu kesalahan Najib tetapi mereka sokong juga Najib.” - blog Mahathir.

"Orang Melayu sekarang tidak percaya kepada diri mereka sendiri ... Mereka mengikat diri mereka kepada parti. Walaupun parti itu melakukan kesilapan besar mereka akan terus menyokong parti." -sidang akhbar Mahathir di Sungai Besar.

Pandangan Mahathir mengenai rasuah ketika itu:

"Saya dapati apabila BPR (Badan Pencegah Rasuah) menyiasat seseorang individu, ada ketikanya tiada keputusan diambil. Ada kalanya perdana menteri (Mahathir) menunjukkan kepentingan dalam kes tertentu. Pada masa lain, siasatan akan disusuli dengan tindakan yang lebih serius iaitu pendakwaan.

"Hasil perbincangan saya dengan Dr Mahathir mengenai perkara tersebut, saya dapati bahawa beliau percaya, apabila seseorang dalam kedudukan yang berkuasa, seseorang itu perlu mengunakan kearifannya untuk mencati keseimbangan antara kepentingan politik dan tadbir urus yang baik. Dalam erti kata lain, kesan politik yang lebih luas perlu dipertimbangkan. " - Musa Hitam, Frankly Speaking.

Pandangan Mahathir mengenai rasuah hari ini:

"Saya berharap rakyat tidak akan menerima rasuah kerana ia adalah haram, dan boleh memusnahkan negara." 

- ucapan Mahathir di Kedah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-