Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Tuesday, August 9, 2016

Pas ambil tindakan dakwaan terima RM90j daripada PM

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
Tuan Ibrahim Tuan Man
SHAH ALAM - Pas bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap laman web Sarawak Report berhubung dakwaan portal itu yang mendakwa pimpinan tertingggi parti itu menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, laporan berkenaan merupakan berita palsu dan berniat jahat terhadap Pas.

"Tidak pasti apa matlamat fitnah laporan Sarawak Report ini selain hendak menggaitkan Pas dengan Umno.

"Apapun, Pas akan mengambil tindakan undang-undang ke atas laporan tersebut yang mempunyai niat jahat dan mencemar nama baik parti dan dasar Islam yang menjadi teras kepada perjuangan Pas," katanya pada kenyataan medianya, hari ini.

Ujarnya lagi, tindakan laman web itu menjejaskan lagi kepercayaan masyarakat kepada semua laporan mereka selama ini.

Terdahulu, pada Sabtu lalu, Sarawak Report menerbitkan artikel yang mendakwa Najib merayu Pas agar menjauhi gabungan pembangkang dengan menyatakan Najib mengalirkan sebanyak RM90 juta kepada pemimpin tertinggi parti itu dalam beberapa bulan kebelakangan ini bagi tujuan tersebut.