Wednesday, August 24, 2016

PKR sedia serah kerusi kalah kepada Pribumi, Pas kata tak mengapa lawan 3 penjuru

by admin-s
(Malaysian Digest) – PKR menyambut baik hasrat Presiden Parti Pribumi Malaysian (Pribumi) Tan Sri Muhyiddin Yassin ingin bertanding kerusi pakatan pembangkang menentang Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Naib Presiden PKR Tian Chua berkata, PKR akan memperuntukkan kerusinya kepada Pribumi “asalkan bukan kerusi yang kita sudah menang.”.

“Takkanlah kerjasama kita tak berkongsi kerusi. Kalau tidak, kita tak katakan kerjasama. Kita kena rasional.

“Kerusi dia (Pibumi) boleh menang, dia ambil, kita (PKR) boleh menang kita ambil,” katanya dipetik portal berita.

Tian Chua berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Muhyiddin yang ingin berbincang dengan semua parti pembangkang termasuk PKR dan PAS bagi memperuntukkan sebahagian kerusi kepada parti baru berkenaan.

Kata Muhyiddin, satu perbicangan perlu dilakukan untuk mencapai konsensus antara semua parti pembangkang agar tiada pertembungan tiga penjuru yang akan menyebabkan perpecahan undi dan mengakibatkan hasrat menakluk Putrajaya terkubur.

PAS dalam pada itu menegaskan, pertandingan tiga penjuru tidak menjadi masalah tambahan pula ia mempamerkan konsep amalan demokrasi.

Kata Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki, konsep satu lawan satu bukanlah formula terbaik untuk kesejahteraan politik Malaysia.

“Formula ini akan mengenepikan parti-parti kecil atau baru yang sebenarnya mewakili segmen pengundi tertentu, malah formula ini juga tidak menyumbang kepada usaha menyuburkan demokrasi,” tegasnya.

Beliau menegaskan PAS akan berbincang dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia yang membentuk Gagasan Sejahtera dalam menentukan pembahagian kerusi pada PRU14 sebelum berbincang dengan PKR.

“Manakala dengan Bersatu pula, setakat ini tiada pakatan dengan PAS,” kata Zuhdi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-