Tuesday, August 2, 2016

Polis tutup kes siasat dakwaan konspirasi tiga Tan Sri terhadap PM....

 BY WARTAWAN AGENDADAILY
Episod gempar mengenai laporan polis dibuat oleh Naib ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun kononya tiga bekas pegawai tinggi kerajaan – Tan Sri Abu Kassim,Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan Tan Sri Gani Patail konspirasi nak jatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berakhir.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu polis TUTUP KES dan tidak akan teruskan siasatan dakwaan itu kerana dapati laporan berkenaan dibuat berasaskan andaian.

Beliau memberitahu polis juga tidak akan panggil bekas Ketua Persuruhjaya SPRM,bekas Gabenor bank negara dan bekas Peguam Negara itu untuk bagi keterangan.

Bercakap kepada wartawan selepas satu majlis jamuan Hari Raya di Kuala Lumpur Khalid berkata polis sudah rakam keterangan Khairul dan beliau tidak dapat beri apa-apa bukti untuk sokong dakwaannya.

“Jadi PDRM tidak berhajat untuk meneruskan siasatan, kita telah memberhentikan siasatan,” katanya.

Apapun katanya polis tidak akan mendakwa Khairul kerana buat laporan palsu.

“Tidak, dia mungkin baca laporan dari akhbar, dan dia mendengar cerita, dia ada sebab untuk buat laporan polis.

“Tetapi apabila kita temubual dia, kita mendpti apa juga yang dituduhnya itu cuma berdasarkan cakap dengar dan juga apa yang dia baca, jadi andaian kita tak boleh teruskan,” katanya.

Khairul dalam laporan polisnya di Balai Dang wangi Kuala Lumpur baru-baru ini dakwa tiga tan Sri itu secara berseorang atau berkumpulan saluran maklumat tanpa kebenaran kerajaan kepada pihak asing.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa diminta mengulas hal berkenaan pada sidang akhbar mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO Jumaat lalu jelaskan bahawa laporan polis dibuat Khairul atas kapisiti individu bukan parti.

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin juga memberitahu hal sama kepada wartawan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-