Tuesday, August 30, 2016

"Saya mati terus kalau tengok RM4b dalam akaun Najib'

Kow Gah Chie
Hari ini, 6:45 petang Hari ini, 6:56 petang
Menteri Umno Datuk Seri Nazri Aziz berkata beliau 'akan mati' serta merta sekiranya melihat RM4 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau menjawab kenyataan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa hampir pengsan selepas ditunjukkan jumlah berkenaan dalam akaun Najib.

"Hakikatnya tak betul, itu sebab dia tak pengsan.

"Sepatutnya dia (Muhyiddin) pengsan bila tengok akaun Najib ada RM4 billion. Bila dia tak pengsan, makna itu tak betul.

"Kalau saya tengok RM4 bilion, bukan saya pengsan, saya mati terus," katanya.

[Berita penuh menyusul]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-