Wednesday, August 3, 2016

Yang penting, misi halang cubaan guling Najib berjaya - Khairul Azwan

OLEH HAMDAN OTHMAN
Khairul Azwan Harun
Tidak ada jawapan khusus daripada Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun berhubung laporan polis yang dibuatnya selain menganggap misinya berjaya menghalang cubaan pihak tertentu untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Pihak polis pun telah membuat kenyataan mengatakan siasatan ke atas laporan saya tidak akan diteruskan.

"Yang penting, cubaan pihak tertentu untuk mengguling Najib telah berjaya dipatahkan dan saya lakukan kerana kami, Pemuda UMNO bertanggungjawab melindungi parti dan kerajaan," katanya pada sidang media di Kelana Jaya petang tadi.

Jelasnya, jika pihak terbabit cuba membuat serangan ke atas UMNO dan Barsan Nasional (BN), Pemuda UMNO tidak akan berdiam diri.

Menjawab kenyataan Ketuanya, Khairy Jamaluddin yang mengatakan apa yang dilakukan olehnya itu adalah atas urusan peribadi, Khairul memberitahu, dirinya adalah Pemuda UMNO yang menjalankan tanggungjawab.

"Saya, dia, kami semua sama sahaja kerana masih dia bawah Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Tak perlu dipersoalkan kerana yang penting, saya buat laporan polis atas nama saya sebab mana boleh letak nama Pergerakan Pemuda UMNO.

"Kalau polis kata laporan saya berdasarkan andaian, itu kena rujuk polis sebab saya sudah buat laporan. Jika nak dapatkan keterangan lanjut, rujuk kepada polis," ujarnya.

Kata Khairul Azwan, rakyat Malaysia dinasihatkan membuat laporan polis sekiranya ada keraguan tentang apa sahaja dan biarkan polis yang membuat siasatan.

 - MalaysiaGazette

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-