Saturday, September 17, 2016

Dr Mahathir musuh UMNO, Melayu

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah layak digelar musuh UMNO dan orang Melayu ekoran tindak-tanduk beliau yang terus membuat serangan bertali arus terhadap parti itu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Dr. Mahathir juga telah melampaui batas apabila tergamak berikrar mahu menghancurkan UMNO ketika berucap di Ketereh, Kota Bharu baru-baru ini.

Sehubungan itu, tegas beliau, ahli dan penyokong UMNO tidak perlu bersentimental untuk menyokong Dr. Mahathir.

“Kita akui Dr. Mahathir berjasa besar kepada UMNO, kepada negara tetapi kini kita tidak perlu untuk sentimental sangat. Beliau sudah bersama kumpulan lain yang ingin menjatuhkan UMNO.

“Beliau kini berkongsi pentas dengan Lim Kit Siang, dengan (Datin Seri) Wan Azizah Wan Ismail, malah berbaik pula dengan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim apabila melawat beliau di mahkamah baru-baru ini.

“Kita mesti tengok Dr. Maha­thir sama taraf dengan kumpulan pembangkang yang selama ini mahu tengok UMNO tumbang. Dia kini adalah musuh UMNO, musuh orang Melayu,” katanya ketika merasmikan Persidangan Perwa­kilan UMNO Bahagian Tanah Merah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Belimbing, di sini hari ini.

“Saya juga hairan dengan sikap Dr. Mahathir. Ketika dalam kerajaan dulu, mereka bersetuju bahawa badan kehakiman adalah bebas dan berkata kes Anwar diadili mengikut proses perunda­ngan yang betul,” katanya.

Utusan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-