Tuesday, September 27, 2016

Ekonomi Malaysia kekal kukuh - Najib

OLEH BERNAMA DI BERLIN
Ekonomi Malaysia kekal kukuh, dengan ekonomi negara diunjur tumbuh 4.0 kepada 4.5 peratus pada 2016, demikian menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada pemimpin perniagaan Jerman.

Ekonomi berkembang empat peratus pada suku kedua tahun ini, selepas‎ merekodkan pertumbuhan 4.2 peratus pada suku pertama tahun ini.

Beliau berkata sejak 2009, pendapatan negara kasar telah meningkat sebanyak hampir 50 peratus, dan 1.8 juta pekerjaan diwujudkan.

"Disebabkan asas ekonomi kita yang kukuh, Malaysia terus menarik pelaburan langsung asing dan sebenar yang besar tahun ini, yang sangat baik untuk kita," katanya kepada pemimpin perniagaan Jerman pada sesi dialog di sini pada Selasa.

Antara syarikat yang menyertai sesi dialog itu ialah Atotech, AWS Schafer, BMW, Daimler, Osram, Volkswagen, Infineon, Bombardier Transportation, Ensinger, B.Braun, Green Sugar dan Biesterfeld International.

Najib yang juga Menteri Kewangan, kini dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Jerman atas jemputan Canselor Angela Merkel.

Beliau berkata tahun lepas, Malaysia meluluskan pelaburan langsung asing (FDI) bernilai US$8.4 bilion.

"Saya gembira menyatakan bahawa dalam separuh pertama tahun ini, FDI yang diluluskan mencecah 83.3 peratus daripada jumlah pelaburan asing yang diluluskan untuk keseluruhan tahun lepas.

"Kami menjangkakan angka itu akan terus meningkatkan menjelang akhir 2016," katanya.‎ 

- MalaysiaGazette

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-