Sunday, September 18, 2016

Idea satu lawan satu susah jadi kenyataan

WARTAWAN SINAR HARIAN
18 SEPTEMBER 2016
Dr Rosdi Omar
KOTA BHARU - Strategi satu lawan satu yang dicadangkan pembangkang mungkin tidak akan berlaku pada PRU14 kerana permuafakatan antara parti pembangkang jelas goyah.

Penganalisis politik yang juga Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Rosdi Omar berkata, dalam situasi sekarang agak sukar untuk melihat perkara itu berlaku kerana Pas dan Amanah saling menyatakan keyakinan mereka boleh memenangi majoriti kerusi Dun dan Parlimen di negeri ini dalam PRU14 nanti.

“Amat sukar Amanah dan Pas bekerjasama memandangkan pemimpin kedua-dua parti ini saling tuduh-menuduh dan berlumba untuk menunjukkan kekuatan masing-masing.

“Saya melihat perkara ini hanya akan menguntungkan BN, sebab akhirnya sudah pasti akan berlaku pertandingan banyak penjuru,” katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, sekiranya pembangkang sepakat memilih formula satu lawan satu, ia boleh mengancam kedudukan Umno.

Dr Rosdi berkata, ia tidak mustahil jadi kenyataan di negeri ini jika Pas, Amanah, PKR dan Bersatu boleh membentuk permuafakatan politik antara mereka dalam melawan BN atau Umno.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-