Timbalan Ketua AMANAH Perak, Hasnul Zulkarnain berkata, tinjauan langsung mereka di sebuah kawasan parlimen di Larut mendapati masih terdapat penduduk yang 'sangat miskin'.
“Masih ada rumah yang tiada bekalan api dan air, mereka masih terpaksa berikhtiar untuk mendapatkan bekalan air bawah tanah mahupun air sungai.
“Mereka terpaksa hidup dalam kegelapan dengan berbekalkan sinaran lampu lilin,” katanya.
Laporan itu turut menyebut Perlis dan Pahang juga antara negeri yang mempunyai peratusan isi rumah berpendapatan kurang RM6,000 yang tertinggi iaitu masing-masing pada kadar 80.3 peratus.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bagaimanapun menyangkal laporan yang menurutnya menyebut seolah-olah negeri Perak dikategorikan sebagai negeri miskin.
Kata beliau, laporan itu yang menunjukkan Perak tidak berada pada keadaan pendapatan yang baik dan dianggap antara negeri yang terendah selepas Kelantan sebagai tidak tepat.
"Bagi saya laporan yang dikeluarkan KRI itu memberi gambaran yang tidak baik bagi negeri Perak seolah-olah negeri Perak ini dikategorikan sebagai negeri miskin selepas Kelantan.
Pendapatan bawah RM800
Dalam kenyataannya semalam, Hasnul Zulkarnain berkata, peserta lawatan Pemuda AMANAH Perak itu sangat hiba ketika menziarahi kira-kira 10 keluarga yang 'sangat miskin'.
Beliau membangkitkan keadaan rumah yang serba daif dan kebergantungan hidup terhadap kerja-kerja kampung seperti menoreh, berkebun dan mengutip barangan terpakai.
Justeru, katanya, penafian Zambry, tanpa sebarang tindakan lanjut tidak akan menyelesaikan apa-apa.
“Cukuplah berpropaganda semata-mata.
“Fokus dan jujurlah mentadbir rakyat dan negeri,” katanya yang melampirkan keadaan rumah yang dilawat dalam kenyataan media itu.
KRI adalah pusat kajian bebas tajaan syarikat pelaburan negara Khazanah Nasional Berhad yang ditubuhkan pada 2014.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.