Tuesday, September 13, 2016

Kadir salah kata gaji minimum buruk untuk ekonomi

Robin Augustin 
September 13, 2016

Wakil rakyat pembangkang berkata sudah terlalu lama gaji di negara ini sangat rendah, menyebabkan kemiskinan dalam kalangan rakyat Malaysia.
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Klang Charles Santiago mengkritik wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin dengan berkata dasar gaji minimum menjadi faktor kemusnahan ekonomi rakyat Malaysia.

Bercakap kepada FMT, Charles berkata pemerhatian Kadir terhadap salah urus ekonomi menyebabkan kesengsaraan rakyat Malaysia itu baik, tetapi bekas pengarang akhbar itu salah bila berkata penguatkuasaan dasar gaji minimum ialah sebahagian daripada penyebab kehancuran itu.

Charles merujuk kepada artikel di blog Kadir yang menyatakan dasar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, seperti dasar gaji minimum, menyebabkan kerosakan kepada ekonomi dan menyusahkan rakyat.

Wakil rakyat itu berkata, sebenarnya gaji minimum RM1,000 sebulan masih terlalu rendah dan jumlah yang sewajarnya ialah RM1,500.

“Gaji di negara ini terlalu rendah bagi tempoh yang lama, menyebabkan kemiskinan dalam negara,” katanya.

Beliau berkata ketika dasar itu diperkenalkan, kerajaan digesa menubuhkan kemudahan sokongan RM1 bilion untuk membantu industri kecil dan sederhana menangani peningkatan gaji tetapi cadangan itu tidak disambut.

Katanya, syarikat perlu inovasi untuk meningkatkan pencapaian mereka tetapi tidak berbuat demikian kerana mereka lebih suka membayar gaji rendah.

S Arutchelvan daripada Parti Sosialis Malaysia bersetuju dengan Charles dan berkata kenyataan Kadir itu mengarut.

Katanya, Malaysia memerlukan dasar gaji minimum kerana perniagaan menekan gaji.

“Majikan selalu cari alasan untuk membayar gaji lebih baik. Ini sebabnya kenapa kerajaan perlu kuatkuasakan undang-undang,” katanya.

Kadir dalam blognya memetik laporan berita mengatakan kebanyakan pusat jagaan kanak-kanak dijangka tutup kerana dasar gaji minimum menekan kos operasi mereka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-