Saturday, September 17, 2016

Kenyataan biadap Jeff Ooi serlahkan sikap anti-Islam DAP - Pemuda PAS

 AIDCNEWS
1. Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Ahli Parlimen DAP Jelutong, Jeff Ooi memohon maaf kepada keluarga Allahyarham Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din di atas kenyataan biadapnya di Twitter berhubung kematian Al-Mursyidul PAS tersebut semalam. Jeff Ooi di dalam kenyataan tersebut menulis “’Adios Harun Din. Let there be peace’’ sekaligus membayangkan kebenciannya kepada pimpinan PAS tersebut selama ini.

2. DPPM menyifatkan bahawa Jeff Ooi seorang Ahli Parlimen yang paling kurang ajar di negara ini apabila sanggup mengeluarkan perkataan tersebut pada waktu sangat tidak sesuai. Ia sebenarnya sekaligus membayangkan wajah DAP yang merupakan parti yang diwakilinya apabila tidak ada sebarang teguran dari pimpinan parti terhadap sikapnya.

3. Suka diingatkan bahawa ini bukan kali pertama Jeff Ooi berlaku biadap seperti ini. Pada tahun 2013, dia pernah menggelarkan kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPP) kerana menggelar mereka kucing kurap. Sikapnya ketika itu ditegur oleh Mendiang Karpal Singh di Kovensyen Biasa DAP Pulau Pinang 2013.

4. Penggunaan perkataan-perkataan kurang ajar dan biadap seperti ini sebenarnya sudah menjadi kebiasaan manusia bernama Jeff Ooi ini. Terdahulu sebelum ini beliau pernah menggunakan ayat bahawa orang Melayu “showed their middle-fingers at their rulers..” (menunjukkan jari tengah kepada pemerintah mereka) apabila merujuk kepada instituti Istana di Perak pada tahun 2009.

5. Dalam isu kematian Allahyarham Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din ini, Jeff Ooi tidak cukup hanya sekadar wajib memadamkan kenyataannya di Twitter semata-mata, bahkan wajib mengemukakan permohonan maaf kepada ahli keluarga Allahyarham bagi menunjukkan dia benar-benar kesal dan menarik balik kenyataan tersebut.

6. Realitinya, inilah wajah sebenar DAP apabila berdepan dengan isu-isu melibatkan agamawan yang dilihat tidak selari dengan ideologi perjuangan sekular mereka. Buktinya, tiada pimpinan DAP yang menyatakan tidak bersetuju dengan kenyataan biadap Jeff Ooi tersebut.

Sekian.

“Bertekad Melebar Muafakat”
“Inilah Penyelesaian Kita”

AHMAD FADHLI BIN SHAARI
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-