Tuesday, September 6, 2016

Mahathir akhirnya menemui Anwar

E-mail
KUALA LUMPUR, 5 SEPT: Pertemuan di antara bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencatat sejarahnya tersendiri selepas lebih 18 tahun berseteru, sejak Ketua Umum PKR di dipecat daripada Jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Kehadiran Tun Mahathir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang tadi adalah bagi menyatakan sokongannya terhadap permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 sebagai bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Kedua-dua foto ihsan Najwan Halimi
Pertemuan tersebut disebut pelbagai pihak sebagai satu fasa baru dalam kerjasama dan pensejajaran politik baru untuk menewaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, setelah Mahathir sepentas dengan pimpinan parti pembangkang melalui kempen Deklarasi Rakyat.

Foto pertemuan kedua-dua pemimpin politik yang menjadi viral di laman sosial memperlihatkan Tun Dr. Mahathir dan Anwar dirakam bersalaman, mesra dan bertegur.

Bekas presiden UMNO yang kini penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu juga kelihatan duduk di bahagian hadapan dalam mahkamah bersama Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali, beberapa pemimpin politik dan NGO.

Mahathir bagaimanapun memberitahu pemberita di luar kamar mahkamah bahawa beliau sekadar hadir kerana minatnya terhadap kes terbabit.

Roketkini.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-