Friday, September 30, 2016

Mahkamah tidak benarkan MAIWP jadi pencelah kes bahan bacaan Kristian

Ho Kit Yen
September 30, 2016

Ia berkait larangan Putrajaya terhadap SIB daripada mengimport bahan penerbitan mengandungi istilah Allah.
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Sidang Injil Borneo (SIB) mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menjadi pencelah dalam semakan kehakiman mengenai rampasan buku Kristian mengandungi istilah Allah.

Panel diketuai hakim Datuk Hamid Sultan Abu Backer sebulat suara mendapati MAIWP gagal membuktikan mereka mempunyai kepentingan dalam perbicaraan itu.

“Kami berpandangan rayuan itu perlu dibenarkan,” katanya dan menambah pihak berkuasa Islam itu tidak ada hak ke atas bukan Islam.

Panel hakim hari ini turut dianggotai Datuk Zamani A. Rahim and Datuk Zaleha Yusof.

Hamid berkata pihak yang paling berkepentingan terlibat dalam kes itu ialah peguam negara.

“Beliau berperanan menjaga kepentingan awam,” katanya.

Hamid bagaimanapun berkata MAIWP masih boleh bertindak sebagai “amicus curiae” atau pihak yang berperanan memberikan pendapat undang-undang dalam prosiding mahkamah.

Pada 2007, SIB dimaklumkan Kementerian Dalam Negeri mengenai larangan mengimport penerbitan Kristian mengandungi kalimah Allah, Baitullah, Solat dan Kaabah.

Ia susulan kakitangan SIB yang membawa 3 kotak bahan pelajaran kanak-kanak dari Indonesia itu ditahan pegawai kastam ketika berada di Terminal Tambang Rendah (LCCT) Sepang. Bahan yang dirampas itu bagaimanapun dipulangkan pada Januari 2008.

Presiden SIB, Jerry Dusing kemudian memohon perintah mahkamah membatalkan keputusan itu Menteri Dalam Negeri melarang import 4 tajuk bahan penerbitan itu dan menahan penyerahan 2 tajuk bahan terbitan lain.

SIB mahu pengisytiharan dibenarkan menggunakan kalimah Allah dalam terjemahan kitab Bible dalam bahasa Melayu/Indonesia serta semua penerbitan mereka.

Februari lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan MAIWP diwakili peguam Mohamed Haniff Khatri Abdullah menjadi pencelah dalam permohonan semakan kehakiman SIB.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-