Thursday, September 8, 2016

Misteri 100,000 kaum Cina belum dapat kerakyatan Malaysia

 AIDCNEWS

Dua hari lalu, akhbar berbahasa Cina, Sin Chiew Jit Poh melaporkan mengenai desakan sebuah persatuan Cina terhadap kerajaan untuk menyelesaikan masalah kewarganegaraan kira-kira 100,000 kaum Cina di negara ini.

Menurut laporan itu, sekurang-kurangnya 100,000 kaum Cina yang menjadi penduduk tetap di negara kita masih belum memperoleh warga kenegaraan, demikian dinyatakan oleh Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong), Tan Sri Pheng Yin Huah.

Beliau berharap pihak kerajaan memandang serius mengenai perkara ini dan dapat menyelesaikannya dalam tempoh terdekat.

“Kebanyakan kaum Cina yang tidak mempunyai kad pengenalan ini adalah terdiri daripada golongan tua. Mereka telah lama memohon tetapi masih belum diluluskan oleh kerajaan,” katanya kepada Sin Chew Jit Poh.

Menurut Yin Huah, di bawah Perkara 16 Perlembagaan Persekutuan, sesiapa yang dilahirkan di Persekutuan sebelum merdeka, maka seseorang itu berhak didaftarkan sebagai warganegara.

“Sejak lebih daripada beberapa dekad lalu, pelbagai kaum telah memohon untuk menjadi warganegara Malaysia. Bagaimanapun, bagi kaum Cina, mereka sering kali menghadapi kegagalan ketika melalui temu duga akibat masalah bertutur dalam Bahasa Malaysia.

“Kebanyakan mereka sudah lama bermastautin di negara kita sehingga menjadi generasi ketiga dan mempunyai ramai cucu cicit. Mereka juga telah lama memberi sumbangan kepada negara kita. Oleh itu, tidak ada sebab kenapa permohonan mereka untuk menjadi warganegara kita ditolak,” katanya.

Jangan kita lupa, pada November 2005, Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah meminta Jabatan Imigresen dan Polis mengesan kira-kira 50,000 rakyat China yang masuk ke Malaysia tahun ini tetapi masih belum meninggalkan negara. Ini data pada tahun 2005. Bagaimana pula data pada tahun 2016?

Tidakkah mustahil 100,000 kaum Cina yang dimaksudkan oleh Yin Huah ini termasuk pendatang asing China yang masuk sebagai pelancong tetapi masih belum meninggalkan Malaysia?

Tidakkah mustahil mereka inilah sebenarnya yang akan menjadi pengundi-pengundi DAP di dalam Pilihanraya Umum ke 14 kelak apabila memiliki warganegara?

Apakah jumlah 100,000 ini kini berada di Pulau Pinang, Kepong, Seputeh dan kawasan-kawasan DAP yang lain dan sedang menanti masa untuk ‘diputihkan’?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-