Wednesday, September 28, 2016

Muhyiddin akan jadi PM untuk Melayu, Anwar jadi PM untuk Malaysia

Editor: Chah
Diterbitkan pada: 28 September 2016


ISU calon Perdana Menteri dipihak pembangkang makin hangat diperdebatkan dikalangan penganalisis politik Pakatan Harapan. Walaupun kebarangkalian calon PM pembangkang ini menduduki kerusi tersebut dilihat sebagai “angan-angan Mat Jenin” namun perkara semudah ini pun mereka tetap gagal mencapai kata sepakat.

Apabila kiblat politik masing-masing jauh berbeza bak langit dengan bumi maka jurang perbezaan yang terlampau besar tersebut akan menjadikan “titik” persetujuan akan lebih susah ditemui.

Baru-baru ini sebuah NGO pro-pembangkang iaitu Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) ragu-ragu sama ada presiden pro-tem Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PRIBUMI) Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah orang yang tepat untuk jawatan perdana menteri.

Sebelum ini Muhyiddin sering menggambarkan dirinya sebagai ultra Melayu. Malah pada tahun 2010, beliau melaungkan “Melayu dahulu, rakyat Malaysia kemudian”. Oleh itu, Muhyiddin dilihat sebagai PM untuk Melayu sahaja.

Mengimbas kembali bagaimana Muhyiddin sebagai menteri pelajaran, telah mengendalikan isu kontroversi novel Interlok sekitar 2011 yang digunakan oleh pelajar tingkatan lima mengenai hubungan sesama kaum di negara kita.

Nampaknya Pakatan Harapan tidak dapat menerima Muhyiddin sebagai calon PM mereka walaupun Tun Dr Mahathir mahu perkara tersebut menjadi agenda mereka. Kata-kata Mahathir semakin hilang “bisanya”.

Beliau mungkin berfikir yang beliau mampu memanipulasi Pakatan Harapan untuk mencapai matlamat peribadi beliau. Namun kini semakin jelas, sebenarnya matlamat Mahathir dan Pakatan Harapan jauh berbeza bagaikan langit dan bumi. Perkara ini semakin disedari oleh pihak pembangkang.

Cuma masalah utama pula, Mahathir seperti tidak mahu berganjak dari Pakatan Harapan memandangkan platform tersebut merupakan satu-satunya medium yang beliau ada buat masa ini.

Tambahan pula, bagi Pakatan Harapan, mereka masih berpendapat bahawa jika ada ahli politik yang layak untuk mengambil alih jawatan perdana menteri dan melakukan pembaharuan institusi di negara ini, ia tidak lain adalah mantan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebenarnya mereka tahu bahawa Anwar pun tidak layak untuk menjadi PM, begitu juga Muhyiddin. Namun demi untuk mengerakan parti-parti dalam Pakatan Harapan maka satu matlamat terpaksa ditetapkan walaupun ianya matlamat yang paling bodoh dan tidak logik sekalipun. Menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 kelak, umur Anwar dan Muhyiddin sudah sampai ke tahap “warga emas” atau lebih tepat “dinosaur”.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-