Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Wednesday, September 28, 2016

Muhyiddin jangka pakatan baharu pembangkang akhir tahun

by admin-s
(FMT) – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata parti pembangkang akan membentuk pakatan baharu menjelang akhir tahun ini apabila semakin ramai ahli daripada parti diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan bertukar ‘kapal’.

Pakatan itu menyasarkan untuk menyingkir Najib, yang kekal teguh memegang kuasa meskipun berdepan tekanan meletak jawatan susulan skandal kewangan berbilion dolar, serta menyingkirkan gabungan parti pemerintah, diketuai Umno.

“Parti itu berdepan sokongan yang semakin berkurangan dan ramai tidak pasti sama ada Umno akan bertahan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang,” kata Muhyiddin yang juga bekas timbalan perdana menteri.

Ramai juga melihat beliau sebagai bakal perdana menteri daripada pihak pembangkang.

PRU akan datang dijangka sebelum hujung 2018 dan Najib, ketika lawatannya di Berlin berkata, beliau tidak bercadang mengadakan PRU lebih awal.

Dalam temu bual bersama Reuterus, Muhyiddin tidak menyatakan mana-mana pemberontak dalam Umno yang berpotensi menyertainya memandangkan parti baharunya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), baru 2 minggu didaftarkan.