Tuesday, September 13, 2016

Nak satukan pembangkang? Khalid Ibrahim kongsi cerita betapa susahnya

 BY MD IZWAN ZUBIT
Bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkongsi cerita dan pengalamannya betapa sukarnya untuk menyatupadukan parti pembangkang dibawah satu payung atas pelbagai faktor untuk melawan Barisan Nasional (BN).

khalid-ibrahim-03Parti-parti pembangkang kini dalam kecelaruan sejak berpecahnya Pakatan Rakyat, kemudiaan muncul parti serpihan seperti PAN (Parti Amanah Negara) dan terbaharu PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) yang menambahkan lagi bilangan parti pembangkang.

PKR, DAP dan PAN membentuk gabungan pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Harapan (PH) sementara PAS pula membentuk gabungan pembangkang dinamakan Gagasan Sejahtera (GAGASAN) bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

Khalid yang pernah menjadi setiausaha agung PKR pada 2007 berkongsi pengalaman cerita bagaimana sukarnya untuk berunding dengan PAS dan DAP ketika itu bagi memastikan pertembungan satu lawan satu.

Beliau ditugaskan menjadi orang tengah untuk berunding bagi kedua-dua pihak waktu itu.

“Satu perkara dan pengalaman yang jelas semasa saya menjadi setiausaha agung KeAdilan (PKR), pada tahun 2007 bulan Disember, kita masa tu memikirkan tentang PRU (Pilihan Raya Umum) 2008. Jadi saya kena gabungkan PAS, PKR dan DAP.

“Pada bulan Disember 2007, untuk buat perbincangan antara DAP dgn PAS, saya terpaksa ada dua meeting (mesyuarat), apabila saya jumpa PAS mereka nak duduk sama dia, bila saya jumpa DAP mereka nak duduk sama dia, jadi saya jadi orang tengah, mereka tidak mahu duduk semeja, minum teh pun tak mahu, itu 2008.

“Itu sebab walaupun kita minta tolong ada pertandingan satu lawan satu, tapi pengalaman saya hanya apabila kita menang pada 2008 baru lah mereka nak duduk bersama, jadi maknanya ia bukan mudah,” kata Khalid semasa wawancara dengan portal berita BNBBC.my.

Keadaan sama itu dilalui sekali lagi dilalui semasa PRU-13 membabitkan isu pembahagian kerusi, lebih buruk lagi Khalid memberitahu nak pilih tempat untuk parti pembangkang bertanding pun sehingga terpaksa bergaduh satu sama lain.

“Jadi masa PRU-13, kita nak plih calon untuk Selangor, malah nak pilih tempat pun bergaduh juga, itu bukan satu perkara mudah. Jadi kita mesti terima keadaan tersebut, bukan satu keadaan yang mudah,” katanya.

Menurut Khalid lagi, halangan tersebut berpunca daripada perbezaan prinsip antara kedua-dua parti yang mahu mengikut cara masing-masing.

“Kedua, soal prinsip, PAS ada prinsip sendiri, DAP tak terima PAS kerana keadaan PAS yang mempunyai cita-cita negara ini ditadbir ikut syariah.

“Jadi kalau nak diubah memang susah,” terangnya.

Oleh sedemikian, Khalid berkata DAP terpaksa mengambil jalan dengan memecahkan pemimpin dalam PAS sehingga menyaksikan terbentuknya PAN dan perpecahan tersebut akan tetap berterusan.

“Jadi nampaknya sekarang untuk selesaikan perkara ini, pihak DAP cuba memecahkan PAS dgn cara membahagi dua, satu kumpulan yang dipanggil PAN dan juga PAS, jadi perpecahan ini akan berterusan kerana PAS tidak terima mereka yang mungkir janji, Bai’ah adalah satu janji dunia dan akhirat, jadi agak susah nak dilupakan,” katanya.

 Oleh MD IZWAN ZUBIT-12/9/2016

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-