Sunday, September 18, 2016

PAN akan melutut kepada Pas - Hadi

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin Parti Amanah Rakyat (PAN) pada akhirnya akan ‘melutut’ dan mengiktiraf kekuatan Pas dalam persada politik negara berban­ding parti serpihan itu.

Malah Abdul Hadi berkata, parti-parti lain yang menjadi sekutunya dari dahulu lagi terpaksa bergantung kepada Pas untuk meraih sokongan rakyat memandang­kan komitmen tinggi ahli Pas.

Sehubungan itu, katanya, dakwaan bahawa ribuan ahli Pas di Kelantan berpaling tadah menyokong PAN sebagai cakap kosong yang tidak berpijak di bumi nyata.

“Berita begitu mudah dipetik dengan jari, apatah lagi dalam dunia siber berita terlalu laju dan tidak berpijak di bumi nyata.

“Kita yakin ahli-ahli kita di semua cawangan dan kawasan tetap konsisten, bahkan parti lain bergantung dengan kita, tunggulah suatu hari nanti PAN akan melutut kepada kita,” katanya demikian selepas menghadiri Program Munajat Perdana ‘Rakyat Kelantan Menyokong Rang Undang-Undang Akta 355’ di pekarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV, di sini malam tadi.

Dalam Majlis Perisytiharan Keluar Pas dan Masuk Amanah di Salor, di sini yang diadakan se­rentak dengan Program Munajat Perdana tersebut, kepimpinan PAN mendakwa menerima lebih 1,500 keahlian baharu daripada penyokong Pas di negeri ini.

Utusan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-