Wednesday, September 21, 2016

PKR selar DAP kata MB Selangor 'Bodoh'!

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyelar DAP kerana berkata hanya yang ‘bodoh’ mahu pilihan raya negeri diadakan selepas persempadanan semula dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Naib Presidennya, Shamsul Iskandar Md. Akin berkata, PKR yakin apa sahaja bentuk persempadanan semula yang dilakukan oleh SPR, PKR akan tetap berkuasa di Selangor.

Katanya, PKR sedar cadangan SPR mewujudkan cabaran baru untuk pembangkang, namun parti itu tidak akan mengadakan pilihan raya awal kerana yakin akan tetap menang.

“SPR harus objektif dalam proses persempadanan semula berdasarkan faktor yang munasabah untuk menuju ke arah meratakan padang permainan demokrasi.

“Proses persempadanan semula juga mestilah mencerminkan masyarakat Malaysia yang majmuk dan bukan bertujuan memburukkan lagi masalah perkauman di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua baru-baru ini mengumumkan DAP Selangor pada satu mesyuarat tergempar memutuskan bahawa pilihan raya perlu diadakan awal di Selangor.

Ia bertujuan memastikan Selangor terus diperintah Pakatan Harapan kerana persempedanan semula didakwa menyaksikan ramai pengundi Melayu dipindahkan ke kawasan bukan Melayu.

“Jika kamu buat tinjauan rambang, ramai akan menyatakan perkara yang sama. Adalah bodoh jika kamu berkata kita harus mengadakan pilihan raya selepas persempadanan semula selesai,” kata Tony Pua.

MYNEWSHUB.CC


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-