Friday, September 30, 2016

RON95, RON97, diesel naik harga

Harga minyak petrol RON95 dan RON97 dilapor akan naik 10sen seliter bermula selepas tengah malam ini.

Manakala harga diesel pula akan naik sebanyak 5sen seliter, lapor Oriental Daily.

Dengan itu, kos baru untuk RON95 adalah RM1.80 seliter, RON97 (RM2.15) dan diesel ( RM1.75).

Harga baru RON95 dan RON97 itu juga adalah yang kedua tertinggi untuk tahun ini.

Manakala harga baru diesel pula menjadi yang tertinggi bagi 2016 setakat ini.

Kerajaan menentukan harga minyak melalui sistem apungan terkawal.

Ia mengambil kira beberapa faktor, termasuk harga minyak mentah dunia dan kekuatan ringgit dalam bulan sebelumnya.

Penetapan itu bagaimanapun dipertikaikan oleh pembangkang yang mahu formula sebenar didedahkan.

PKR, melalui naib presidennya Radizi Ramli sebelum ini mendakwa harga minyak sepatutnya lebih rendah dan kerajaan justeru itu didakwa mengutip cukai secara sembunyi-sembunyi.

[Baca berita asl]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-