Wednesday, September 14, 2016

Selepas jumpa Anwar, peguam Amerika kata Malaysia lebih baik

Peguam Amerika Syarikat yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim kini menukar rentaknya dan berkata Malaysia adalah lebih baik daripada Afghanistan, selepas Kementerian Dalam Negeri meluluskan permohonannya untuk berjumpa dengan bekas ketua pembangkang itu di penjara.

"Nah semalam lebih mudah untuk mendapatkan akses kepada pelanggan di Afghanistan.

"Tetapi hari ini, Malaysia menang, adalah lebih mudah untuk mendapatkan akses kepada pelanggan saya daripada di Afghanistan," kata Kimberley Motley kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Anwar di penjara Sungai Buloh hari ini.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pihak berkuasa penjara kerana meluluskan dan memudahkan perjumpaan itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-