Saturday, September 17, 2016

Tumbang Najib saja atau Umno sekaligus, The Economist tanya Dr M

Bekas teraju utama Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad kini berdiri teguh di belakang pembangkang dalam perjuangan menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Bagaimanapun, majalah ekonomi berpengaruh The Economist menerusi sebuah artikel mempersoalkan sama ada pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan memberi komitmen sepenuhnya untuk menjatuhkan Umno.

"Salah satu kebimbangan besar di kalangan pembangkang ialah sejauh mana Mahathir sanggup menongkah arus. Tiada siapa yang meragui betapa beliau begitu tidak bersetuju dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Apa yang tidak begitu pasti ialah sama ada, jika diberi pilihan, sama ada beliau dan partinya akan berhenti di tahap menumbangkan Umno sekaligus," jelas majalah terkemuka itu.

Atikel tersebut dengan tajuk "Mahathir Mohamad. Can a leopard change its spots?" mengingatkan banyak kumpulan serpihan Umno pada masa lalu akhirnya menyertai semula parti itu.

Bagaimanapun, ia memetik Mahathir yang pernah berkata bahawa beliau tidak nampak 'ada jalan untuk BERSATU mempertimbang untuk membiarkan Umno dalam kerajaan, walaupun di bawah pemimpin baru '.

The Economist turut menyatakan walaupun Mahathir mempunyai ramai peminat terutama di kalangan golongan muda yang tidak kenal pemerintahan 22 tahun beliau selaku Perdana Menteri, untuk menang banyak kerusi akan menjadi sukar kepada BERSATU.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-