Monday, September 12, 2016

Tun Mahathir perlu bertaubat secara terbuka - Timbalan Pengerusi PAN Selangor

 AIDCNEWS
AIDCNews – 11/9/16 –Jika mahu sokongan Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad hendaklah terlebih dahulu bertaubat dan memohon maaf secara terbuka kata Saari Sungip, Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Selangor.

“Jika dia mahu bekerja dengan kami, adalah perlu bagi Mahathir untuk melepaskan dirinya dari segala kesalahan yang dia lakukan semasa dia berkuasa,” kata Timbalan Presiden Amanah Selangor Saari Sungib dalam temu bual dengan FMT.

“Dia mesti mengakui kesilapannya dan perlu memohon maaf kepada rakyat dan kepada keluarga Anwar Ibrahim,”katanya lagi.

Saari turut mengungkit kisahnya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalanm Negeri (ISA) di bawah pemerintahan Dr Mahathir.

Menurutnya, meskipun dia ditahan ISA di bawah pemerintahan Dr Mahathir, namun masih boleh memejamkan mata bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri 22 tahun itu semata-mata untuk menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

“Kerjasama untuk sebab tertentu boleh dipertimbangkan,” katanya. “Walaupun saya seorang bekas tahanan ISA, saya tidak akan merasa dikhianati kerana menjatuhkan Najib bermakna berjuang untuk rakyat,”katanya lagi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-