Sunday, October 2, 2016

ADUN DAP: Tangkap Jamal seperti dilakukan ke atas pembangkang

lauwengsan
ADUN Kampung Tunku dari DAP Lau Weng San menggesa supaya Ketua bahagian Umno Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos ditangkap serta merta.

Ini berikutan Jamal dan Gerakan Baju Merah hari ini bertempur dengan BERSIH di Teluk Intan selepas cuba merampas kain rentang mereka.

Lau berkata polis harus menyegerakan tindakan terhadap Jamal sepertimana dilakukan terhadap pembangkang.

"Ia adalah jelas bahawa orang-orang yang sengaja mencetuskan huru-hara dan kekacauan adalah Baju Merah yang diketuai oleh Jamal.

"Saya menggesa pihak polis untuk mengambil tindakan segera dengan menyiasat dan menangkap Baju Merah yang diketuai oleh Jamal Yunos seperti yang berlaku dalam siasatan berkaitan 'salah laku' pembangkang," kata Lau dalam satu kenyataan.

Beliau berkata polis tidak boleh dilihat berat sebelah apabila melibatkan kes-kes individu dari parti pemerintah.

Beliau berkata sebelum pertempuran di Teluk Intan, sekumpulan penyokong Baju Merah yang bermotosikal juga telah menyerang konvoi BERSIH di Lumut.

Lau mengkritik polis kerana dikatakan tidak bertindak pantas ketika berada di tempat kejadian.

"Mereka (polis) dilihat terpaku dalam kedudukan mereka dan tidak mengambil tindakan pencegahan atau menahan sesiapa," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-