Tuesday, October 25, 2016

ADUN Umno bela kerajaan Kelantan

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan Datuk Md Alwi Che Ahmad meminta semua pihak tidak menyalahkan kerajaan PAS atas pembinaan Tugu Peringatan Banjir di Kuala Krai.

Md Alwi yang juga wakil Kok Lanas berkata tugu tersebut dibina dengan pembiayaan Lembaga Juruukur Tanah Malaysia selepas inisiatif mengenainya diusahakan Persatuan Juruukur Malaysia.

“Tidak boleh hendak salah kerajaan negeri. Apa-apa maklumat mengenai ukur datang daripada Persatuan Juruukur Malaysia. Kami ada enam lembaga iaitu tiga wakil kerajaan dan tiga lagi dari swasta, di mana saya salah seorang daripadanya.

“Tugu itu mencatat maklumat mengenai banjir yang berlaku di Kelantan sejak 1920,” kata Md Alwi yang dipetik Harakahdaily.

Md Alwi berkata demikian ketika menjelaskan isu terbabit pada persidangan DUN Kelantan semalam.

Sebelum ini ada pihak mempertikai kewajaran pembinaan tugu tersebut memandangkan masih ada mangsa banjir besar akhir 2014 belum mendapat rumah baru.

Tugu tersebut dibina di Kuala Krai membabitkan kos kira-kira RM60,000 dan dirasmikan Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yaakub pada akhir Ogos lepas.

Ia dibina hasil kerjasama Persatuan Juruukur Malaysia, Jabatan Pemetaan Malaysia, Lembaga Juruukur Malaysia dan Majlis Daerah Kuala Krai Utara.

Ketika menjawab soalan Azami Mohd Nor (PAS-Kadok) Menteri Besar berkata, tugu itu tugu tersebut mencatat tanda aras bah kuning yang melanda Kelantan pada akhir 2014 sekaligus perlu dijaga dengan sebaik mungkin.

“Ia merupakan fakta sejarah. Ia menjadi tarikan pelancong. Terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat membina tugu tersebut,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-